Sunday, February 5, 2012
maulidur rasul Posted at 11:16 AM 1 comment(s)
Tanggal 12 Rabi’ul Awwal 1433 Hijrah bersamaan 5 Februari 2012, umat Islam seluruh dunia akan merayakan satu peristiwa penting dan penuh bermakna. Itulah Hari keputeraan junjungan besar Nabi kita Muhammad Rasulullah s.’a.w, perayaan atau peristiwa yang lebih dikenali sebagai sambutan Maulidur Rasul.
Pihak kerajaan pusat dan negeri masing-masing akan mengadakan pelbagai acara dan sambutan, melibatkan banyak agensi, persatuan, masjid, surau, taman-taman perumahan dan sebagainya. Ceramah-ceramah dan perarakan-perarakan akan diadakan di merata tempat. Media massa akan menampilkan banyak rancangan atau siaran istimewa untuk tontonan atau bacaan masyarakat Islam. Slogan-slogan yang menarik dan canggih-canggih sudah tentu akan terpampang dan diwar-warkan. Ucapan selawat akan berkumandang di udara dan angkasa, sebagai tanda kasih dan ingatan umat Islam pada Nabi Muhammad s.’a.w, Rahmat bagi sekalian alam.
About

(^ ᴗ ^)★彡
umi mashitah
17. Malaysia.
KPOP LOVER. ♡
Shout
Chingu
Ask fm

Tweet
Instagram
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.