Friday, February 1, 2013
merentas desa Posted at 9:11 AM 0 comment(s)
 
 hai semuanya...hari ni aku nak story telling kat korang semua ni..dlm minggu ni memang banyak kejadian yang telah berlaku...semuanya best2..mula2 aku nak story pasal rentas desa 2013..setiap sekolah mesti ada rentas desa kan??sekolah korang sudah buat ke belum??sekolah aku mesti laa sudah..kitorang rentas desa hari RABU baru ni..hari isnin sebelum tu kitorang latihan rentas desa...aku ponteng latihan rentas desa..malas r nak berlari..letih sgt...sebenarnya aku bawa baju tetapi aku berpakat dengan kawan2 aku tak nak tukar baju..sebab kitorang tak nak berlari...sebelum tu,kitorang tak tahu pun yang ramai pelajar dah balik..kitorang ingat kan tak boleh balik so kitorang pergi laa solat..lepas siap solat kitorang lepak2 kat kelas..lepas tu,kitorang tahu yang ramai dah yang balik ke rumah..kitorang pun bercadang nak balik tetapi ada salah seorang kawan kitorang ni dia cakap tak yah balik r..dah lewat ni..lagipun semua pelajar sudah berkumpul kat dataran..kalau nak balik tentu kitorang kena "sound" ke cg...so kitorang ambik keputusan untuk berada di kelas..ramai cg2 yang lalu dpn kelas kitorang yang tanya kitorang "nape tak lari".. kitorang ckp r "tak bawa baju"..ada sesetengah cg.. okey je dgn tu..tapi ada sesetengah cg juga yang marah  kat kitorang..yang paling teruk lagi ada seorang cikgu ni ambik nama kitorang semua..kitorang relaks je sbb taon2 lepas meskipun cg ambk nama..cg takde laa denda ataupun ambik apa2 tindakan..tapi tahun ni...cg pggl nama kitorang masa perhimpunan pada keesokkan harinya...memang malu giler!satu sekolah tahu yang kitorang ni tak berlari..tapi kitorang mesti control..buat2 tak tahu..lagipun cg bukannya suruh kitorang berlari keliling padang pun..cg cuma suruh bagi satu alasan je..be cool laa..tak de laa takut sangat..cuma agak malu laa sikit...

larian rentas desa
pada hari rabu,sekolah kitorang adakan larian rentas desa..disebabkan tahun lepas aku dah dapat "surat amaran" sebab banyak hari tak pergi sekolah so tahun ni aku mesti pergi sekolah kalau tak ayah aku membebel habis habisan kat aku..so aku pergi laa larian rentas desa kat sekolah...malam sebelum hari larian...aku pergi ke bandar..korang tahu tak aku nak beli apa??---aku nak beli baju muslimah..aku ni agak takde baju muslimah...disebabkan ini laa aku pergi beli baju muslimah..maklum laa..sekolah aku kan sekolah agama...mesti laa menutup aurat...haha..masa aku pergi sekolah..semua kawan2 aku macam tak percaya yang aku hadir ke sekolah hari tuu..aku ni memang aku famous dgn pelajar yang malas ke sekolah bila sekolah adakan apa2 aktiviti ataupun sambutan..ahaha..larian rentas desa sekolah kitorang sepanjang 6 km..kalau tak silap aku laa..hehe..memang penat giler r..kitorang berlari..dah laa aku dan members aku yang lain berada di tengah2..nak kata awal..memang sah tak!..nak kata akhir,,aku tengok..ramai lagi orang kat belakang aku...sebenarnya kitorang tak lari pun..hanya berjalan je..malas r nak berlari..buat letih je..nak berlari laju pun..aku ni memang sah tak kan dpt mana2 nombor..so aku n members ambk keputusan untuk menikmati keindahan sawah padi..sebab laluan yang kitorang lalu tu..memang banyak sawah padi..ahaha...sambil2 menikmati..kitorang siap berangan kat bias lagi..ahaha...kalau laa bias aku yang dukung aku..mesti aku takkan keletihan..ahaha...bila semuanya dah sampai kat sekolah,,kitorang diberi rehat dalam masa sejam..lepas tu masuk dewan untuk penyampaian hadiah kepada pemenang2..yang ini memang sah aku tak dapat apa2..dah laa nombor tak dapat..cabutan betuah pun aku tak dapat...hanya dapat keletihan je..LOL!!memang begitu laa nasib aku bila ada cabutan bertuah..memang tak pernah dapat..aku ni memang orang yang tak bertuah agaknya...korang tahu tak siapa pemenang larian ni??untuk lelaki menengah atas..dimenangi oleh ... (tak tahu laa apa nama nya)..dia form4..memang form5 tahun ni..agak berlari slow kot..ahaha..jahat pula aku ni mengata orang..kalau juara perempuan menengah atas di menangi oleh SITI HAJAR..juga form4..memang betul pun apa yang aku cakap soal form5 kan??kalau yang menengah bawah,,aku dah lupa laa...hehe..tapi juara keseluruhan di menangi oleh RUMAH HIJAU..sob2..RUMAH BIRU agak menurun untuk tahun ni...sedih betul aku di buatnya...

About

(^ ᴗ ^)★彡
umi mashitah
17. Malaysia.
KPOP LOVER. ♡
Shout
Chingu
Ask fm

Tweet
Instagram
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.